PROGRAM ZIARAH DAKWAH DI HOSPITAL

PROGRAM ZIARAH DAKWAH DI HOSPITAL
PROGRAM ZIARAH DAKWAH DI HOSPITAL
PROGRAM ZIARAH DAKWAH DI HOSPITAL
PROGRAM ZIARAH DAKWAH DI HOSPITAL
PROGRAM ZIARAH DAKWAH DI HOSPITAL
PROGRAM ZIARAH DAKWAH DI HOSPITAL
PROGRAM ZIARAH DAKWAH DI HOSPITAL
PROGRAM ZIARAH DAKWAH DI HOSPITAL
PROGRAM ZIARAH DAKWAH DI HOSPITAL

Port Dickson 27 Feb 2020 (Khamis) – Bahagian Dakwah JHEAINS telah mengadakan Program Ziarah Dakwah di Hospital Port Dickson. Program ini merupakan dakwah bil hal warga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan  dari beberapa Bahagian dan Pejabat  Agama Islam Daerah  serta NGO-NGO Islam di negeri ini seperti ABIM, MRA, MIRA, dan PKDIMNS bersama-sama mendekati dan menyantuni pesakit di wad hospital. Dari sudut psikologi, menziarahi pesakit dapat memberi sinar harapan, keceriaan dan mungkin dapat menyuntik semangat mereka untuk kembali sembuh dalam menghadapi ujian Allah. Tujuan utama program ini adalah membantu para pesakit di hospital memahami kaedah beribadah bagi pesakit dengan betul. Di samping itu juga dapat merapatkan silaturrahim dalam menjalankan dakwah bil hal kepada pesakit, malah kepada kakitangan yang bertugas di hospital. Dengan bantuan mereka juga dakwah dapat diperluaskan kepada masyarakat.

Selain itu pesakit bukan Islam juga diziarahi untuk menanya khabar. Dengan ini dapat menunjukan keindahan Islam dalam mengeratkan hubungan yang harmoni walaupun berlainan agama. Seramai 67 orang pesakit telah diziarahi  oleh 24 orang sukarelawan dakwah dan kakitangan JHEAINS dalam menjayakan program tersebut.