TAKLIMAT PENOLONG PENDAFTAR NIKAH CERAI RUJUK DAERAH REMBAU

Taklimat Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Daerah Rembau

REMBAU, 03 Mac 2020 – Pejabat Agama Islam Daerah Rembau telah mengadakan taklimat pengurusan nikah kepada Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk (PPNCR) Daerah Rembau yang telah mendapat tauliah pada 14 Februari 2020.

Seramai 8 orang yang telah ditauliahkan Oleh YTM Dato’ Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip Haji Othman, Undang Luak Rembau termasuk Ustaz Hj Ahmad Husaini Bin Dato’ Hj Mustapa, Ketua Penolong Pengarah Undang-Undnag Keluarga, Ustaz Mohd Mahfiz Bin Mohsin Timbalan PNCR Daerah Rembau dan Ustazah Siti Rohaida Bt Majid, Timbalan PNCR Daerah Rembau.

Taklimat telah disampaikan oleh mantan Timbalan Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Daerah Rembau, Alfadhil Ustaz Abdul Baasit Bin Omar yang berkisar tentang bidang tugas, etika dan peranan sebagai Penolong Pendaftar serta wakil Pegawai Agama Islam Daerah Rembau dalam menyampaikan syiar Islam di kariah masing-masing.

PPNCR yang dilantik baru adalah daripada Masjid Kariah Astana Raja, Masjid Kariah Pedas Tengah, Masjid Kariah Titian Akar dan Masjid Kariah Kampung Rendah.

Disediakan Oleh :
Pejabat Agama Islam Daerah Rembau