MYHRMIS MOBILE Multi-Language for Content Sitemap
Search Function
W3C Disability Accessibility
Advanced Search Option
Data Bilangan Murid KAFA Negeri Sembilan Publication Updated Content Updated Content Updated Content Updated Content Updated Content Updated Content Number of Online Services Electronic Archive Publicising an Agency CIO/CDO or Equivalent Online Procurement Announcement Online E-Participation

Privacy Policy

Feedback Form

 

 MAJLIS SYAHADAH DI BAWAH PIMPINAN PENGARAH JHEAINS, YBhg. DATO’ MOHD ZAIDI BIN RAMLI

 

Majlis Syahadah di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, 20 Jun 2022
Majlis Syahadah di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, 20 Jun 2022
Majlis Syahadah di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, 20 Jun 2022
Majlis Syahadah di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, 20 Jun 2022
Majlis Syahadah di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, 20 Jun 2022
Majlis Syahadah di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, 20 Jun 2022
Majlis Syahadah di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, 20 Jun 2022

 

PAROI, 20 Jun 2022 - Pagi ini 20 Jun 2022 bersamaan 20 Zulkaedah 1443, Allah SWT telah membuka pintu hati seorang hambaNya yang bernama Jayakumar A/L Narayanasamy untuk menerima hidayah Islam dalam kehidupannya. Bertempat di Surau Pusat Dakwah Islamiyah Paroi, detik bersejarah ini telah dilangsungkan. Majlis Syahadah telah dipimpin oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan JHEAINS YBhg. Dato’ Mohd Zaidi bin Ramli. Majlis ini bertambah serinya lagi dengan kehadiran YB. Dato’ Haji Mohamad Taufek bin Abd. Ghani Exco Kerjaaan Negeri, yang turut menjadi saksi bagi pengislaman En. Jayakumar. Kini beliau membawa nama Islamnya sebagai Muhammad Faiz Jayakumar bin Abdullah yang akan mencecah usia 60 tahun pada awal Ogos nanti. Begitulah ajaibnya urusan Allah SWT dalam perihal hidayah. Tiada bagiNya terlewat atau terlambat. Sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Berkehendak Lagi Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

 

Kad Pengislaman saudara Muhammad Faiz Jayakumar bin Abdullah turut diserahkan kepada beliau sejurus selesai majlis oleh YB. Dato’ Haji Mohamad Taufek bin Abd. Ghani dengan disaksikan oleh Pengarah JHEAINS YBhg. Dato’ Mohd Zaidi bin Ramli dan Ustazah Asniza binti Ahmad, Pendaftar Mualaf, Negeri Sembilan. Dalam majlis tersebut, telah dilaksanakan secara simbolik penyerahan mualaf saudara Muhammad Faiz Jayakumar bin Abdullah kepada Us. Mohd Shah bin Igbal, Sukarelawan Rakan Ziarah (SRZ) yang akan bertanggungjawab dalam perkembangan pendidikan Islam serta kebajikan mualaf ini. Mudah-mudahan saudara Muhammad Faiz Jayakumar akan menjadi Muslim yang baik dan istiqamah di atas landasan iman dan taqwa kepada Allah SWT.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
 
“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam.” Al-An’aam: 125