BENGKEL HANDS ON TRAINING PEKERJA SAMBILAN HARIAN TAHUN 2022

 

WhatsApp Image 2022 07 05 at 7.42.28 PM

 

"Lopeh ni data nikah onyang den dah ado dalam sistem. Osah sonang eh nak buek caghian lopeh ni kek JHEAINS!"

SEREMBAN, 5 JULAI 2022 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah mengadakan "Bengkel Hands-On Training Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia(SPPIM) bagi Pekerja Sambilan Harian 2022" di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi.

Bengkel ini melibatkan semua Pekerja Sambilan Harian(PSH) yang baharu dilantik dan semua penyelia PSH dari JHEAINS Daerah.

Bengkel bertujuan memberi taklimat penempatan PSH, memberi panduan kepada PSH melalui simulasi modul backlog SPPIM dan melatih PSH menggunakan SPPIM sebelum mereka ditempatkan di JHEAINS Daerah yang ditetapkan untuk melaksanakan tugasan pengisian backlog data nikah, cerai dan rujuk Orang Islam di Negeri Sembilan sejak dari tahun 1940-an.

Semoga usaha ini dapat memperkemaskan lagi pengurusan dan pentadbiran berkaitan PSH dan melancarkan pengurusan pengisian backlog data nikah, cerai dan rujuk Orang Islam di Negeri Sembilan bagi memudahkan urusan carian maklumat nikah, cerai dan rujuk.

#JHEAINS
#PemangkinUmmahSejahtera
#KerjaUntukAgama