WhatsApp Image 2022 07 18 at 11.14.28 AM 2

 

SEREMBAN, 7 Julai 2022(Khamis) - Program Diari Kamar Syariah kali ke-4 telah diadakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Sembilan melalui aplikasi zoom dengan melibatkan seramai 598 orang peserta daripada pelbagai agensi termasuk kakitangan kerajaan, swasta, Institusi Pendidikan dan warga JHEAINS.

Topik hangat kali ini mengupas tentang isu orang ketiga yang mengganggu kebahagiaan rumah tangga pasangan suami isteri. Panel 1 ,Tuan Mohd Alimi bin Mohamed, Pegawai Syarie JKSM telah menjelaskan istilah orang ketiga dan tindakan penguatkuasaan undang-undang yang boleh dikenakan kepada individu yang didapati menggangu rumah tangga orang lain. Tips dan nasihat menjaga keharmonian rumah tangga telah dikongsikan oleh Ustaz Norazman bin Amat, Ketua Kaunselor Bahagian Kaunseling MAINS dan amalan doa pendinding daripada gangguan sihir diberikan juga oleh penceramah bebas, Imam Muda Hassan.

Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik daripada kalangan para peserta.

Boleh tonton siaran ulangan di pautan berikut :
SIARAN ULANGAN DIARI KAMAR SYARIAH JHEAINS SIRI IV 2022

Untuk lebih berita dan gambar, sila klik pautan berikut :
BERITA PENUH PROGRAM DIARI KAMAR SYARIAH JHEAINS SIRI IV 2022

#JHEAINS
#PemangkinUmmahSejahtera
#BekerjaUntukAgama