WhatsApp Image 2022 07 18 at 4.44.16 PM 1

 

SEREMBAN, 7 Julai 2022 (Khamis) - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah menganjurkan Tafaqquh Munakahat Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju' (PPNCR) Orang Islam Negeri Sembilan Zon 1. Seramai 116 orang PPNCR telah terlibat dari daerah Seremban, Port Dickson, Rembau dan Jelebu yang bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi.

Program ini memfokuskan tajuk “Wali Nikah Menurut Mazhab Syafi'e” yang dibentangkan oleh Al-Fadhil Ustaz Alhakim Bin Ishak Pegawai dari Jabatan Mufti N. Sembilan. Program ini turut disempurnakan majlis perasmiannya oleh Ybhg. Dato' Mohd Zaidi Bin Ramli, Pengarah JHEAINS.

Pihak JHEAINS akan terus berusaha untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di Negeri Sembilan.

Untuk lebih gambar dan berita sila klik pautan berikut :
TAFAQQUH MUNAKAHAT PPNCR ZON (1) NEGERI SEMBILAN

#PemangkinUmmahSejahtera
#JHEAINS
#BekerjaUntukAgama