WhatsApp Image 2022 07 20 at 11.52.20 AM

 

SEREMBAN, 19 Julai 2022 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mengadakan program Jom Jahit bertempat di IPK Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Keluarga Polis (PERKEP). Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada 60 warga PERKEP Negeri Sembilan. Program ini telah dirasmikan oleh Pemangku Timbalan PERKEP, Puan Kamisah Binti Amat.

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mengajar tutorial membuat "blouse kaftan" kepada para peserta di samping mengeratkan lagi ukhuwah sesama penjawat awam dan orang ramai serta merealisasikan visi JHEAINS sebagai Pemangkin Ummah Sejahtera.

Program ini juga merupakan program sulung JHEAINS bersama PERKEP Negeri Sembilan. Semoga program yang bermanfaat ini akan diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Untuk menonton video rakaman program sila klik pautan berikut :

VIDEO PROGRAM JOM JAHIT DARI HATI "FROM EYE TO HEART" JHEAINS 2022

#JHEAINS
#PemangkinUmmahSejahtera
#BekerjaUntukAgama