"PROGRAM SAHSIAH TERBINA AKHLAK PERKASA"

 

PROGRAM SAHSIAN TERBINA AKHLAK PERKASA
PROGRAM SAHSIAN TERBINA AKHLAK PERKASA
PROGRAM SAHSIAN TERBINA AKHLAK PERKASA
PROGRAM SAHSIAN TERBINA AKHLAK PERKASA
PROGRAM SAHSIAN TERBINA AKHLAK PERKASA
PROGRAM SAHSIAN TERBINA AKHLAK PERKASA
PROGRAM SAHSIAN TERBINA AKHLAK PERKASA
PROGRAM SAHSIAN TERBINA AKHLAK PERKASA
PROGRAM SAHSIAN TERBINA AKHLAK PERKASA
PROGRAM SAHSIAN TERBINA AKHLAK PERKASA
PROGRAM SAHSIAN TERBINA AKHLAK PERKASA
PROGRAM SAHSIAN TERBINA AKHLAK PERKASA

 

Port Dickson, 21Julai 2022- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersama-sama unit kaunseling MAINS daerah Port Dickson dengan kerjasama Unit Psikologi Dan Kerjaya Kolej Vokasional Port Dickson telah menganjurkan Program "Sahsiah Terbina Akhlak Perkasa" yang berlangsung daripada jam 08.00 pagi sehingga jam 01.00 petang di Dewan Sri Gemilang Kolej Vokasional Port Dickson.
Program yang memberi impak sangat jelas kepada pelajar KVPD dimana memberi kesedaran betapa pentingnya menjana akhlak yang terpuji selari dengan sahsiah yang ditonjolkan di dalam kehidupan seharian. Bertepatan dengan keadaan semasa yang amat mencabar.
 
Program ini dimulakan dengan perkongsian daripada Encik Syafiq Sakri @ bro Syafiq daripada unit kaunseling MAINS Port Dickson dengan tajuk membentuk remaja berkualiti, pelajar KVPD begitu terkesan sekali dengan penyampaian bro Syafiq dan berazam menjadi remaja yang akan memangkin kesejahteraan agama bangsa dan negara.
Seterusnya Pelajar KVPD diberi pendedahan berkenaan kesalahan jenayah syariah berpandukan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zakuan Bin Yusuf
Ketua Unit Penguatkuasaan
 
JHEAINS PORT DICKSON. Perkongsian ini amat berguna kepada pelajar KVPD untuk dijadikan panduan serta sempadan agar sentiasa berwaspada di dalam kehidupan seharian.
Semoga dengan adanya program ini pelajar-pelajar KVPD khususnya dapat membina sahsiah dan memperkasakan akhlak diri.