WhatsApp Image 2022 07 26 at 3.04.15 PM

 

SEREMBAN, 23 JULAI 2022 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menganjurkan program Remaja : Ku Kejar Bahagia (Nikah Bawah Umur). Seramai 71 orang pelajar bersama 21 orang guru pengiring dari 21 buah sekolah menengah di seluruh di Negeri Sembilan telah terlibat dalam program ini bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi.

Program remaja ini memfokuskan tajuk berkaitan perkahwinan, prosedur nikah bawah umur dan motivasi pelajar. Program ini telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh Ustaz Mohd Asri Bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JHEAINS.

Untuk menonton video penuh program, sila klik pautan berikut :

VIDEO PROGRAM REMAJA "KU KEJAR BAHAGIA" 2022

#PemangkinUmmahSejahtera
#JHEAINS
#BekerjaUntukAgama