“ALHAMDULILLAH.. AKHIRNYA KAMI TERIMA SIJIL HALAL” 

Usahawan Kotej Halal 2022
Usahawan Kotej Halal 2022
Usahawan Kotej Halal 2022
Usahawan Kotej Halal 2022
Usahawan Kotej Halal 2022
Usahawan Kotej Halal 2022
Usahawan Kotej Halal 2022

 

Khamis, 28 Julai 2022 - Akhirnya usaha dan komitmen bagi usahawan Kotej ( home made) berbaloi apabila mereka berjaya mendapat sijil Halal. Semua usahawan tersebut yang merupakan perintis program Kotej Halal turut menerima geran khas dari kerajaan Negeri Sembilan. Replika sijil Halal telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin bin Harun pada majlis perasmian NS Fest di Dataran Nilai pada 28 Julai 2022.
 
Semoga dengan adanya Sijil Pengesahan Halal Malaysia ini menambahkan lagi keyakinan pelanggan mereka sekaligus melebarkan pasaran dan permintaan produk masing-masing.
 
Bagi mereka yang ingin memohon sijil Halal di bawah program Kotej Halal boleh menghubungi nombor telefon 06-766 4234 atau e-mel ke halal.jheains@ns.gov.my bagi maklumat lanjut.