Loading...
 

 

PROSES PERMOHONAN SIJIL HALAL BAGI NEGERI SEMBILAN

1️⃣Pemohon membuat dan menghantar permohonan secara online;

2️⃣Dokumen sokongan bagi permohonan yang telah dihantar hendaklah di-e-melkan ke : pensijilanbph@gmail.com

3️⃣Dokumen sokongan yang perlu dihantar adalah berdasarkan skim sebagaimana yang dinyatakan dalam sistem MYeHALAL;

4️⃣Salinan sijil bahan mentah/ramuan yang dipersijilkan halal oleh Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf;

5️⃣Dokumen sokongan hardcopy bagi permohonan yang telah selesai diproses dalam tempoh PKP hendaklah dihantar ke Bahagian Pengurusan Halal, JHEAINS dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tempoh lockdown tamat; dan

6️⃣Sebarang pertanyaan bagi permohonan yang diuruskan JHEAINS boleh dihantar ke alamat e-mel pensijilanbph@gmail.com

KAEDAH PEMBAYARAN FI

1️⃣Pengeluaran surat caj melalui sistem MYeHALAL;

2️⃣Semakan status bayaran fi melalui sistem MYeHALAL;

3️⃣Bayaran secara pemindahan wang atau cek ke akaun :

Maybank 
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan 
No Akaun : 550511192609

4️⃣ Pemakluman status bayaran kepada BPH, JHEAINS hendaklah dihantar melalui e-mel pensijilanbph@gmail.com
sertakan bukti bayaran/slip bayaran bank/ gambar skrin, gambar cek dan salinan surat caj fi pensijilan halal atas nama syarikat.

PROSES AUDIT

1️⃣AUDIT PERTAMA ( Dokumen )
Auditor akan memaklumkan kepada industri berkaitan dokumen tambahan yang diperlukan.

2️⃣AUDIT KEDUA ( Lapangan )
Akan dijalankan selepas tamat lockdown @ pemakluman dari Auditor.

3️⃣Permohonan yang telah diaudit akan dibentangkan ke dalam mesyuarat panel pengesahan halal.

4️⃣Status kelulusan @ gagal akan dimaklumkan melalui surat didalam sistem MYeHALAL.

5️⃣Sijil halal boleh diambil di pejabat setelah dihubungi oleh wakil Bahagian Pengurusan Halal.