KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM SEPANJANG TEMPOH PKP DI NEGERI SEMBILAN

Kursus Pra Perkahwinan Islam Sepanjang Tempoh PKP di Negeri Sembilan
Kursus Pra Perkahwinan Islam Sepanjang Tempoh PKP di Negeri Sembilan
Kursus Pra Perkahwinan Islam Sepanjang Tempoh PKP di Negeri Sembilan
Kursus Pra Perkahwinan Islam Sepanjang Tempoh PKP di Negeri Sembilan

Seremban, 13 Mac - 30 Jun – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah memberi kebenaran kepada syarikat-syarikat penganjur untuk beroperasi pada hari bekerja selain daripada hari Sabtu dan Ahad.

Kebenaran penganjuran KPPI ini adalah untuk memberi ruang semula kepada semua peserta kursus yang tertangguh sebelum ini. Disamping membuka ruang semula kepada syarikat untuk beroperasi.

Sepanjang tempoh PKP iaitu 13 Mac 2020 hingga 30 Jun 2020 seramai 2385 orang peserta telah mengikuti kursus yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat penganjur yang beroperasi.

Bagi KPPI yang berlaku dalam tempoh PKP ini, syarikat hanya dibenarkan menggunakan modul sedia ada dengan masa yang telah diubahsuai dari 13 jam kepada 6 jam 30 minit dengan kapasiti 30 orang peserta sahaja bagi setiap sesi dan mengikuti sebarang SOP yang disediakan.

Untuk makluman juga, bermula pada bulan Ogos 2020 Kursus Pra Perkahwinan Islam akan dilaksanakan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Ini bermaksud tiada lagi kursus yang akan dijalankan pada hari bekerja.

Disediakan oleh :
Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam
JHEAINS