Bengkel Pemerkasaan Dan Penambahbaikan Sukarelawan Rakan Ziarah

Paroi 24 Julai 2020 ( Jumaat ) – Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah mengadakan Bengkel Pemerkasaan dan Penambahbaikan Sukarelawan Rakan Ziarah di bilik kuliah orkid, Pusat Dakwah Islamiah N. Sembilan. Bengkel  ini merupakan perbincangan selama 2 hari bermula 23 hingga 24 Julai 2020 melibatkan pegawai – pegawai Bahagian Dakwah  (Jheains), Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan serta beberapa badan NGO Islam di negeri ini seperti PERKIM dan Hidayah Centre. Impak bengkel diharap dapat mewujudkan pengurusan Sukarelawan Rakan Ziarah yang teratur dari segi latihan dan kebajikan serta menyediakan barisan kader kuhususnya sebagai pembimbing muallaf yang berkualiti dan berkelayakkan. Bengkel ini juga antara usaha penambahbaikan dari segi gerak kerja dakwah khususnya di kalangan muallaf.

 Perbincangan bengkel berkisar tentang kefungsian Sukarelawan Rakan Ziarah dalam pemerkasaan dakwah, sumbangsaran kriteria pemilihan dan kaedah  pengukuran pencapaian.

Disediakan Oleh:

Bahagian Dakwah