PROGRAM ZIARAH DOOR TO DOOR SIRI 4 DAERAH SEREMBAN
Program Ziarah Door To Door Siri 4 Daerah Seremban

SEREMBAN, 1 Oktober 2020- Program Ziarah Door To Door kali ke 4 ini telah menyaksikan Pejabat Agama Islam Daerah Seremban yang  berkolaborasi  bersama Doktor-doktor  dari Klinik Kesihatan Sikamat  , Desa Rhu , Ampangan serta Jawatankuasa Masjid Dato' Klana Petra Sendeng , Sikamat dan juga MPKK telah menyantuni 20 buah keluarga yang terpilih di sekitar kawasan yang berhampiran.

Program berlangsung pada 26 Sept 2020 yang lepas . Ziarah kali ini , Kami berpeluang mendekati golongan kanak-kanak, remaja, dewasa dan mereka yang mengalami masalah kesihatan fizikal serta lain-lain masalah yang serba sedikit menjejaskan kaedah solat dan rutin kehidupan seperti manusia normal. Kumpulan perubatan yang turut sekali dalam ziarah ini berkesempatan  membuat pemeriksaan kesihatan ringkas.
Selain itu juga program ini berjaya mendekatkan lagi JHEAINS dengan masyarakat melalui pelbagai pengisian yang bermanfaat seperti memberikan khidmat nasihat yang bersesuaian, menyemak arah kiblat serta memperkenalkan fungsi JHEAINS dan mendaftarkan mereka sebagai sahabat JHEAINS .
Disediakan oleh Unit Dakwah , PAIDS .