Program Seminar "Solat Sempurna, Hidup Bermakna"

 

reambau2
rembau
rembau1

 

Rembau 30 September 2020 ( Rabu ) – Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah mengadakan Program Seminar "Solat Sempurna, Hidup Bermakna" Siri 03/2020 bertempat di Dewan Masjid Jamek An-Nur, Rembau, Negeri Sembilan.  

Seramai 94 orang peserta dari wakil pejabat pentadbiran kerajaan Daerah Rembau, badan - badan NGO dan jemaah kariah Rembau telah mengikuti seminar ini. Pengisian ilmu telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman bin Ibrahim Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JHEAINS. 

Objektif utama program ini adalah memberi pendedahan ilmu tentang kepentingan dan kaedah melakukan solat sempurna dari segi bacaan solat dan rukun – rukunnya. Peserta juga dapat memperbaiki solat lebih baik dan memahami bahawa menunaikan solat adalah tangungjawab utama sebagai hamba dan benteng dari melakukan maksiat. Dengan ini dapat melahirkan masyarakat yang berdisplin, harmoni dan sejahtera.

Alhamdulillah, maklumbalas daripada peserta yang mengikuti seminar ini sangat baik dan positif kerana penjelasan serta perkongsian ilmu yang dapat meningkatan pemahaman dan keyakinan dalam menunaikan amalan solat sempurna.