tauliah_johol
tauliah_johol
tauliah_johol
tauliah_johol
tauliah_johol
tauliah_johol
tauliah_johol
tauliah_johol
tauliah_johol

 

MAJLIS PENTAULIAHAN KETUA PENDAFTAR DAN TIMBALAN PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJUK ORANG ISLAM LUAK JOHOL

 

JOHOL, 02 Oktober 2020 – Ke Bawah Kaus YTM Undang Luak Johol, Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, Dato’ Muhammad bin Haji Abdullah telah berkenan mencemar Kaus menyempurnakan Majlis Pentauliahan Ketua Pendaftar dan Timbalan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Luak Johol.

Majlis dimulakan dengan pelantikan Ustaz Mohd Asri bin Abdullah sebagai Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Sembilan yang baharu. Di samping itu, seramai 7 orang Timbalan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Luak Johol baharu turut dilantik iaitu:

  1. Ustaz Zamri bin Sinin
  2. Ustazah Nurul Nadiah binti Othman
  3. Ustaz Iylia Shairazi bin Mazlan
  4. Ustaz Lukman Nul Hakim bin Mustafar
  5. Ustaz Mohamad Hidayat bin Abd Hamid
  6. Ustaz Mohd Saiful Islam bin Dol Hamid

Majlis pentauliahan ini turut dihadiri oleh Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah, Ustaz Mohd Raizalani bin Mohd Rais, Ustaz Radzi bin Abu Hassan Pegawai Agama Islam Wilayah Johol serta Orang-orang Besar Balai.

Disediakan oleh :

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam

JHEAINS