tauliah_rembau
tauliah_rembau
tauliah_rembau
tauliah_rembau
tauliah_rembau
tauliah_rembau
tauliah_rembau
tauliah_rembau
tauliah_rembau

 

 

MAJLIS PENTAULIAHAN KETUA PENDAFTAR DAN TIMBALAN PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJUK ORANG ISLAM LUAK REMBAU

 

REMBAU, 05 Oktober 2020 – Ke Bawah Kaus YTM Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja, Dato’ Haji Muhammad Sharip bin Haji Othman telah berkenan mencemar Kaus menyempurnakan Majlis Pentauliahan Ketua Pendaftar dan Timbalan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Luak Rembau.

Majlis dimulakan dengan pelantikan Ustaz Mohd Asri bin Abdullah sebagai Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Sembilan yang baharu. Majlis diteruskan dengan pelantikan Timbalan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Luak Rembau iaitu Ustaz Zamri bin Sinin dan Ustazah Nurul Nadiah binti Othman yang ditempatkan di Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan manakala Ustaz Ahmad Hafiz bin Ahmad Kamal ditempatkan di Pejabat Agama Islam Daerah Rembau. Majlis pentauliahan ini turut dihadiri oleh Ustaz Fadhli bin Yutiman selaku Pegawai Agama Islam Daerah Rembau.

Disediakan oleh :

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam

JHEAINS