SEMINAR PENERBITAN AL QURAN RASM UTHMANI & HADITH NABAWI NEGERI SEMBILAN TAHUN 2020

Seminar Penerbitan Al Quran Rasm Uthmani & Hadith Nabawi Negeri Sembilan Tahun 2020

SEREMBAN, 9hb Okt 2020 - Program Seminar Penerbitan Al-Quran Rasm Uthmani Dan Hadith Nabawi Tahun 2020 telah berjaya dijalankan pada 6hb Okt 2020 bersamaan 18 Safar 2020 yang lalu  .Seminar yang berkolaborasi bersama  di antara pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu telah diadakan di Dewan Serbaguna , Masjid Sri Sendayan.

Di antara objektif program adalah untuk mengawalselia dan menguatkuasakan aktiviti , penghasilan , percetakan , pengedaran bahan-bahan penerbitan , filem , teks Al Quran dan Hadith . Program juga bertujuan untuk memastikan keshahihan penerbitan teks Al Quran dan Hadith . Program diisi dengan 3 sesi ceramah dan soal jawab dari peserta . Ceramah 1 Akta Percetakan Teks Al Quran 1986 & Kaedah Perlupusan Teks / Bahan Al Quran oleh Ust Kamaldin bin Mohd Damin ( Ketua Seksyen Regulatori Al Quran & Hadith PKK, KDN ) ,ceramah 2 oleh Ust Muhammad Amir b Abdullah ( JHEAINS ) dengan tajuk Perlupusan Al Quran dan ceramah 3 oleh Prof Dr.Mohd Fauzi bin Mohd Amin ( USIM ) dengan tajuk Pengenalan Ilmu Hadith/ Kaedah Penulisan Hadith . 

Program telah dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan KDN Tuan Haji Mohd Nawardi bin Saad. Turut hadir adalah Pengarah JHEAINS Tuan Mohd Zaidi bin Ramli dan Pegawai Agama Islam Daerah Seremban Dr. Amru Alhaz bin Adnan.

 Disediakan oleh : PAIDS