enakmen_siri2
enakmen_siri2
enakmen_siri2
enakmen_siri2
enakmen_siri2
enakmen_siri2
enakmen_siri2

BENGKEL BACAAN DAN PEMAHAMAN ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2003 NEGERI SEMBILAN SIRI 2/2020

PAROI, 08-09 Oktober 2020 - Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah melaksanakan Bengkel Bacaan dan Pemahaman Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 Siri 2/2020 bagi Pendaftar dan Timbalan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Negeri Sembilan,Unit NCR Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dibimbing oleh Tuan Mohd Kamarul Ariffin bin Mohd Wafa, Peguam Syarie, Negeri Sembilan. 
 
Bengkel selama dua hari bermula dari 08 hingga 09 Oktober 2020 dilaksanakan di Dewan Casa Lagenda 3, Casa Lagenda. Seramai 40 orang peserta telah mengikuti bengkel ini yang bertujuan untuk:
 
🌈Memberi kefahaman yang betul terhadap tafsiran ayat dalam EUKINS 2003 kepada para peserta.
 
🌈Menyelaras prosedur dan peraturan yang berkaitan nikah, cerai dan rujuk di antara bahagian di JHEAINS yang terlibat dalam proses pengutkuasaan dan pendakwaan dalam kesalahan berkaitan dengannya.
 
🌈Mendapatkan maklumat, pandangan dan idea bagi mengatasi isu-isu nikah, cerai dan rujuk yang berlaku di PAID dan Ibu Pejabat.
 
Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. JHEAINS berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua agar sentiasa berusaha menyampaikan informasi yang tepat selaras dengan apa yang terkandung di dalam EUKINS.
 
Disediakan oleh:
Bahagian Undang-undang Keluarga Islam
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan