Kelas Fardu Ain

 

KOA-BARI
KOA-BARI1
KOA-BARI2
KOA-BARI3

 

Kuala Pilah 14 Oktober 2020 ( Rabu ) – Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah mengadakan Kelas Fardu Ain dan Bacaan Surah Yasin di Kampung Orang Asli Bari, Johol, Negeri Sembilan.  

Seramai 15 orang peserta terdiri anak - anak dari sekitar perkampungan tersebut telah mengikuti program yang dianjurkan Bahagian Dakwah, Unit Ukhwah dalam pengisian ilmu yang telah disampaikan oleh Ustaz Nifail Barnadus  Abdullah dan Usta Razali HAssan, Imam Kampung Orang asli Bari Johol. 

Objektif utama program dan kelas fardu ain ini adalah memberi pendedahan ilmu tentang kepentingan dalam memahami kaedah melaksanakan amalan segi bacaan dan rukun – rukunnya. Peserta juga dapat memperbaiki solat sempurna serta mengikuti solat secara berjemaah magrib dan isyak. Bahawa menunaikan solat adalah tangungjawab utama sebagai hamba dan benteng dari melakukan maksiat agar dapat melahirkan masyarakat yang berdisplin, harmoni dan sejahtera.

Alhamdulillah, maklumbalas daripada peserta yang mengikuti keals ini sangat baik dan positif kerana penjelasan serta perkongsian ilmu yang dapat meningkatan pemahaman dan keyakinan berkaitan ilmu farsu ain.