tauliah_jelebu
tauliah_jelebu
tauliah_jelebu
tauliah_jelebu
tauliah_jelebu
tauliah_jelebu
tauliah_jelebu
tauliah_jelebu
tauliah_jelebu

 

MAJLIS PENTAULIAHAN KETUA PENDAFTAR DAN TIMBALAN PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJUK ORANG ISLAM LUAK JELEBU

 

JELEBU, 16 Oktober 2020 – Ke Bawah Kaus YTM Undang Luak Jelebu, Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman, Dato’ Haji Maarof bin Mat Rashad telah berkenan mencemar Kaus menyempurnakan Majlis Pentauliahan Ketua Pendaftar dan Timbalan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Luak Jelebu.

Majlis dimulakan dengan pelantikan Ustaz Mohd Asri bin Abdullah sebagai Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Sembilan yang baharu. Majlis diteruskan dengan pelantikan Timbalan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Luak Jelebu iaitu Ustaz Zamri bin Sinin dan Ustazah Nurul Nadiah binti Othman yang ditempatkan di Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Majlis pentauliahan ini turut dihadiri oleh Ustaz Alyasak bin Berhan selaku Pegawai Agama Islam Daerah Jelebu.

 

Disediakan oleh :

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam

JHEAINS