PROGRAM DOOR TO DOOR PASAR SEREMBAN 

Program Door To Door Pasar Seremban, 18 Nov 2020

SEREMBAN, 18 NOVEMBER 2020 - program Halal Door To Door anjuran Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah berjaya dilaksanakan di Pasar Besar Seremban dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban. Program ini berjaya menyantuni sebanyak 7 premis yang menjual ayam proses disamping mempromosikan tauliah sembelih dan Sijil Halal Malaysia pada yang berkelayakan.

        Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli dalam ucapannya menyarankan agar umat Islam khususnya masyarakat Islam di Negeri Sembilan perlu peka terhadap aspek halal. Hal ini berdasarkan kurangnya pendedahan masyarakat terhadap kehalalan sesuatu produk makanan. Contohnya produk seringkali digunakan seperti ayam. Kebiasaannya masyarakat Islam merasakan jika ayam tersebut dijual oleh orang Islam, maka ianya halal tetapi mereka tidak mengetahui bahawa adakah ayam tersebut disembelih mengikut syara' dan penyembelih tersebut mempunyai tauliah sembelih yang diakui oleh JHEAINS.

Berdasarkan data JHEAINS, hanya 15 buah premis yang mempunyai Sijil Halal Malaysia manakala 29 buah premis tiada mempunyai sijil halal tetapi penyembelih mempunyai tauliah sembelih. Seramai 172 orang sahaja yang mempunyai kad tauliah sembelih seluruh Negeri Sembilan. Ini bermakna hampir 70 peratus daripada 600 ribu masyarakat Islam di Negeri Sembilan mendapatkan ayam dari sumber penyembelihan yang tiada tauliah sembelih dari JHEAINS. Hasrat Pengarah JHEAINS semua syarikat yang mengeluarkan produk termasuk premis makanan mendapatkan Sijil Halal Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Halal JHEAINS dan umat Islam sentiasa peka terhadap kehalalan sesuatu produk.

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Halal