Port Dickson, 19 Oktober 2020 - Kursus Pemikiran Strategik Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Klana Beach Resort, Port Dickson. Peserta terdiri daripada 70 orang kakitangan JHEAINS. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan telah menjemput Ustaz Zul Ramli bin M.Razali sebagai penceramah motivasi. Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan kemahiran berfikir, merancang dan menganalisis pengurusan sesebuah organisasi secara strategik dan sistematik mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.

#PemangkinUmmahSejahtera

#JHEAINS