LAWATAN KE MASJID - MASJID DAERAH TAMPIN SIRI 1

Lawatan Masjid Daerah Tampin Siri 1
Lawatan Masjid Daerah Tampin Siri 1
Lawatan Masjid Daerah Tampin Siri 1
Lawatan Masjid Daerah Tampin Siri 1
Lawatan Masjid Daerah Tampin Siri 1
Lawatan Masjid Daerah Tampin Siri 1
Lawatan Masjid Daerah Tampin Siri 1

TAMPIN, 05 JANUARI 2021 - Beberapa orang pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Tampin) telah melakukan lawatan ke masjid-masjid di DUN Gemas dan DUN Gemencheh bagi mengumpul data dan gambar terkini masjid-masjid di daerah Tampin.

Dalam lawatan siri pertama tahun 2021 ini, daripada sejumlah 33 buah masjid keseluruhannya, sebanyak 18 buah masjid telah dikunjungi iaitu 7 buah masjid dalam DUN Gemencheh dan 11 buah masjid dalam DUN Gemas.

Lawatan ini merupakan pendekatan turun padang yang signifikan dalam menentusahkan data yang telah dikumpul dan maklumat terkini yang diperoleh digunapakai untuk mengemaskini pangkalan data masjid sedia ada di Negeri Sembilan khasnya di daerah Tampin.

Disediakan oleh:

PAID Tampin