Program Ziarah Ke Perkampungan Orang Asli Jelebu

program_ziarah_pmoa/
program_ziarah_pmoa/
program_ziarah_pmoa/
program_ziarah_pmoa/
program_ziarah_pmoa/

 

 

16 Februari 2021 ( Selasa ) - Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah mengadakan Program ziarah serta mengajar masyarakat di kampung orang asli asas – asas dalam ibadat khususnya solat sempurna. Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah kesungguhan Ustaz Atan bin Wi , Penggerak Masyarakat Orang Asli Zon Jelebu mendidik anak-anak orang asli tentang bersuci, bersolat dengan sempurna dan sebagainya di Surau An-Najah Kampung Orang Asli Parit Gong, Jelebu.

Allah bangga terhadap hambanya yang melaksanakan solat sepertimana hadis daripada Abdullah bin Umar RA, dia berkata, "Aku solat Maghrib bersama Rasulullah SAW, sehingga sebahagian ada yang pulang dan sebahagian yang lain menunggu. Lalu tiba-tiba datanglah Rasulullah SAW setelah pulang dengan tergesa-gesa sambil menyingkapkan kain daripada lututnya lantas baginda bersabda, "Bergembiralah kalian! Tuhan kalian membuka pintu-pintu langit, Dia membanggakan kalian di hadapan para malaikat, Dia berfirman, "Lihatlah hamba-hamba-Ku, mereka telah selesai memunaikan suatu kewajipan, namun tetap menunggu kewajipan yang lainnya,".
(Hadis Qudsi riwayat Ibnu Majah, No. Hadis 410)

Semoga wadah ini dapat menjadikan mereka anak-anak yang soleh serta menjadi imam kepada masyarakat orang asli suatu hari nanti.

 

 

Disediakan Oleh:

Bahagian Dakwah