JHEAINS TALK ABOUT SIRI 1/2021
JHEAINS TALK ABOUT SIRI 1/2021
JHEAINS TALK ABOUT SIRI 1/2021
JHEAINS TALK ABOUT SIRI 1/2021
JHEAINS TALK ABOUT SIRI 1/2021
JHEAINS TALK ABOUT SIRI 1/2021
JHEAINS TALK ABOUT SIRI 1/2021
JHEAINS TALK ABOUT SIRI 1/2021
JHEAINS TALK ABOUT SIRI 1/2021

 

JHEAINS TALK ABOUT SIRI 1/2021

SEREMBAN, 26 Mac 2021- Ayat di atas merupakan petikan daripada ceramah Program JHEAINS TALK ABOUT yang dijalankan di Masjid Kariah Gadong Jaya. Program yang dijalankan selepas solat Maghrib ini disertai seramai 45 orang jemaah yang terdiri daripada ahli-ahli kariah yang berhampiran.

 

Program ini bertujuan menyedarkan masyarakat umum akan wujudnya undang-undang syariah di Negeri Sembilan sekaligus menerapkan pembudayaan hidup patuh syariah dalam kalangan masyarakat setempat.

Antara pengisian ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Farid bin Redzuan dari Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS ialah agar jangan mendiamkan diri apabila berlakunya kesalahan syariah di sekitar mereka. Pameran seksyen kesalahan syariah turut diadakan sepanjang program berlangsung.

Semoga perlaksanaan Undang-undang Syariah di Negeri Sembilan ini sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.

#PemangkinUmmahSejahtera
#JHEAINS
#berintegritiberhemahbertaqwa
#pkuasaanjheains