Program ‘Door To Door’ JHEAINS Bersama MPKK Di Kampung Chedang


Simple Picture Slideshow:
Could not find folder /var/www/html/jheains.ns.gov.my/images/Berita/bahagian/bbahagian_dakwah/program_door2door_di_Chedang/door2door

 

 

Rasah 31 Mac 2021 – Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah mengadakan ziarah ‘Program Door To Door’ bagi menyantuni masyarakat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan musibah banjir baru-baru ini.

 

Sebanyak 30 buah rumah dan keluarga telah di ziarahi di kampung Chedang bersama-sama pihak MPKK Kampung Rasah. Tujuan program ini adalah untuk menyantuni penduduk bukan Islam di Kg. Chedang, Rasah bermula jam 09.00 pagi sehingga berakhir jam 12.00 tengahari. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat mengeratkan perpaduan di kalangan penduduk walaupun berbeza pandangan, fahaman dan bangsa. Pihak JHEAINS juga telah menyampaikan sumbangan barang keperluan asas bagi meringankan beban mereka.

 

#PemangkinUmmahSejahtera

Disediakan Oleh:

Bahagian Dakwah