Temu Duga Insentif Galakan Isbat Hafazan Al-Quran Negeri Sembilan

Seremban 30 Mac – Seramai 67 orang pemohon daripada 102 orang pemohon Insentif Galakan Isbat Hafazan al-Quran Negeri Sembilan telah hadir ke sesi temu duga yang diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan.

Mereka telah diuji hafazan 30 juzu’ al-Quran mereka oleh 10 orang panel yang telah dilantik oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Insentif ini yang julung-julung kali dilaksanakan telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk diberikan kepada pemohon yang layak seramai 20 orang.

JHEAINS berharap agar mereka yang berjaya nanti akan terus istiqamah menjaga hafazan mereka dan memberikan semangat kepada para huffaz yang lain untuk terus memelihara hafazan al-Quran yang telah mereka hafaz. Bagi yang tidak berjaya, didoakan akan terus istiqamah dan akan menyertai pemilihan yang akan datang nanti.

#PemangkinUmmahSejahtera
#JHEAINS

Disediakan oleh

Team Media BPend.