Program Kunjungan Kasih JHEAINS


Simple Picture Slideshow:
Could not find folder /var/www/html/jheains.ns.gov.my/images/Berita/bahagian/bahagian_dakwah/unit_kefahaman_islam/2021/program_kunjungan_kasih_jelebu/jlbu01

 

 

 

JELEBU 01 April 2021 ( Khamis ) Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan ( JHEAINS ) hari ini mengadakan Program Kunjungan Kasih JHEAINS di daerah Jelebu di rumah Puan Salbiah binti Majid, Kampung Durian Gasing, Kuala Klawang.

Program yang julungkalinya diadakan ini disempurnakan oleh Pengarah JHEAINS, Dato' Mohd Zaidi bin Ramli berjaya melibatkan beberapa NGO Islam Negeri Sembilan serta MPKK Kampung Triang, Jelebu.

Program berkonsepkan gotong-royong "CSR" ini membaiki kerosakan kecil tempat tinggal mereka, serta dimurnikan dengan sedikit sumbangan bagi membantu mengurangkan beban keluarga tersebut. Turut serta membantu penganjuran Bahagian Dakwah ialah Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu.

 

 

#PemangkinUmmahSejahtera

 

 

Disediakan Oleh:

Bahagian Dakwah