MULTAQA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDKAN JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

MULTAQA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

Gemencheh, 3 April 2021- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mengadakan Program Multaqa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Bengkel ini telah disampaikan oleh YBhg.Dato' Mohd Zaidi bin Ramli iaitu selaku Pengarah JHEAINS. Program ini telah berlangsung di Dewan Asy-Syatibi, Institut Tahfiz Al-Quran (ITQAN). Program ini juga melibatkan seramai 90 orang peserta yang terdiri dalam kalangan warga pendidik Maahad Ahmadi Gemencheh dan juga warga pendidik Institut Tahfiz Al-Quran.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga pendidik mengenai misi, visi dan juga Pelan Strategik Jabatan 2020-2024. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kompetensi dalam kalangan warga JHEAINS selaras dengan objektif strategik Jabatan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga pendidik yang telah bekerjasama dalam menjayakan Program Multaqa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

#PemangkinUmmahSejahtera.

#JHEAINS