Program Regional Ramadhan Relief FY2021 Maybank Islamic-YAPEIM

 


Simple Picture Slideshow:
Could not find folder /var/www/html/jheains.ns.gov.my/images/Berita/bahagian/bahagian_dakwah/unit_ukhuwah/2021/program_regional_ramadhan_relief_maybank_Islamic_yapeim/yapeim1

 

PAROI, 10 April 2021 - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YAPEIM ) dan Maybank Islamic Malaysia telah melaksanakan Program Regional Ramadhan Relief FY2021 Maybank Islamic-YAPEIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan ( JHEAINS ) iaitu program agihan dan serahan barangan asas kepada muallaf bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan 1442H.

Program bermula 07 hingga 10 April 2021 melibatkan 7 daerah bertempat di Pejabat Agama Islam Daerah dan masjid - masjid yang terpilih. Program telah diselaraskan oleh Unit Dakwah PAID dibantu oleh Sukarelawan Rakan Ziarah dan Penggerak Masyarakat Orang Asli.

Seramai 500 orang muallaf telah disasarkan untuk menjadi penerima pada kali ini. Semoga inisiatif ini mampu memberikan keringanan dan kegembiraan kepada muallaf untuk mengharungi bulan ramadhan.

 

 

 

Disediakan oleh:

BAHAGIAN DAKWAH