TAKLIMAT PENYELARASAN PENGURUSAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN UPKK 2021

Seremban-12 April 2021,  Taklimat Penyelarasan Pengurusan Pelaksanaan Peperiksaan UPKK yang disekalikan bagi calon Tahun 2020 dan 2021 telah diadakan di semua daerah di Negeri Sembilan.

Taklimat bermula  pada 7 April 2021 di Daerah Rembau dan berakhir dengan Daerah Seremban pada 12 April 2021.

Seramai 400 orang guru penyelaras UPKK dari Sekolah Agama Rakyat, KAFA, dan Kelas Agama Petang di Negeri Sembilan telah hadir dalam taklimat tersebut yang disampaikan sendiri oleh Penyelia  Kafa  Daerah masing-masing.

Turut hadir taklimat ialah pegawai- pegawai dari Unit Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan JHEAINS  serta dua orang Penyelia Kafa Negeri.

Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk memastikan pengurusan dan pengendalikan Peperiksaan UPKK akur akan dasar peraturan, Manual Prosedur KAFA dan arahan peperiksaan agar dapat dilaksanakan dengan cekap, cepat serta mewujudkan keseragaman dalam pelaksanaan kerja dan tindakan.

Taklimat ini juga berkaitan prosedur pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk menghadapi sebarang kemungkinan pelaksanaan Peperiksaan tersebut dalam situasi penularan COVID-19.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan, Unit Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, En Amir Intizam bin Othman.

Semoga dengan adanya taklimat ini Proses Kerja Pengurusan UPKK dapat berjalan dengan lebih teratur dan lancar serta dapat mencapai Petunjuk Prestasi JHEAINS iaitu Indek Pencapaian Peperiksaan UPKK kurang daripada 1.60.

Disediakan oleh

Team Media BPend.

#PemangkinUmmahSejahtera
#JHEAINS