JEJAK SANTAI MAYA ( SIRI-2 ) JHEAINS KUALA PILAH@PPD

WhatsApp Image 2021 04 14 at 9.05.48 AM

KUALA PILAH, 14 APRIL 2021 - JHEAINS Kuala Pilah telah melaksanakan Program Jejak Santai Maya ( JSM ) Siri-2 melalui kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah melibatkan semua sekolah menengah di daerah Kuala Pilah dengan menggunakan aplikasi maya Google Meet.

 

Program ini diadakan bertujuan memastikan jati diri remaja sekolah dapat terus dipupuk dengan pengisian motivasi dan kerohanian walaupun dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjadi kekangan perlaksanaan secara bersemuka dilaksanakan secara lapangan dan fizikal.

Pengisian secara santai melalui alam maya ini telah disampaikan oleh Ustaz Syamil Izzudin bin Mohamed Yusof, Pegawai Eksekutif Masjid Diraja Tuanku Munawir yang bertajuk Ihya' Ramadhan. Turut diterapkan melalui pengisian tersebut adalah subjek Pendidikan Islam Tingkatan 3 melibatkan bab Sedekah dan Zakat.

Turut serta menjayakan program JSM pada kali ini ialah Ustaz Hasrul Nizam bin Che Hussin, dari Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran PPDKP juga mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah.

Justeru itu, diharapkan program CSR secara kerjasama ini dapat diteruskan pada siri yang berikutnya (jangkaan sehingga 6 siri pada tahun 2021). Tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada semua warga pendidik yang terlibat dalam program JSM pada kali ini.

Untuk lebih info dan gambar sila klik pautan berikut : JEJAK SANTAI MAYA ( SIRI-2 ) JHEAINS KUALA PILAH@PPD

#JHEAINS
#PemangkinUmmahSejahtera