PEMERKASAAN PENGAJARAN GURU KAFA NEGERI SEMBILAN MELALUI PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

photo_2021-06-21_11-41-57
photo_2021-06-21_11-42-00
photo_2021-06-21_11-42-02
photo_2021-06-21_11-42-04

 

 

SEREMBAN 21 JUN - JHEAINS telah melaksanakan Kursus Mudarris Kohort 2 Siri 3 secara dalam talian yang melibatkan 100 orang guru KAFA dari pelbagai daerah. Kursus ini telah dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut mulai 18 Jun dan berakhir semalam.

Rakan kolaboratif JHEAINS, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) telah melaksanakan kursus pada kali ini secara dalam talian sepenuhnya. Pendedahan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Psikologi Pendidikan,Pedagogi,Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku yang diberikan sepanjang kursus ini sangat menarik minat peserta kerana dapat meneroka ilmu yang baharu.

Oleh kerana tiada sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dilaksanakan, maka kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian telah menjadi alternatif untuk meneruskan penyampaian pendidikan kepada murid-murid. Melalui kursus ini juga peserta turut dibimbing bagaimana mengoptimakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian secara lebih sistematik dan menarik.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan dalam ucapan beliau ketika Majlis Penutupan semalam, JHEAINS akan terus merancang, mengurus, melaksanakan dan membuat tranjektori tahap profesionalisme guru-guru KAFA untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi memastikan tahap profesionalisme guru-guru KAFA sentiasa berkembang dan cemerlang. JHEAINS juga sangat menghargai usaha-usaha pihak IPGKRM yang sentiasa komited dan memberikan kerjasama yang terbaik sepanjang melaksanakan latihan ini sejak awal sehingga sekarang.

Disediakan oleh:

Team Media BPend

 

#JHEAINS

#PemangkinUmmahSejahtera