Soalan Lazim - Bahagian Pengurusan Halal

Kategori : Umum
Kenapa terdapat produk yang tertera logo halal pada pembungkusan dan ada tiada logo halal?
Pensijilan halal adalah bersifat sukarela. Hanya yang memohon dan lulus sijil sahaja yang boleh menggunakan logo halal pada produk manakala yang tidak mempunyai sijil pengesahan halal adalah dilarang sama sekali menggunakan sebarang tanda atau logo halal.
Bagaimanakah caranya untuk mengenalpasti dan mendapatkan senarai produk yang disahkan halal?
Senarai tersebut boleh diperolehi secara on-line melalui direktori halal dilaman sesawang jheains.ns.gov.my atau memuat turun aplikasi android sama ada myJakim, SmartHalal, Verify Halal, Halal verified Engine ( HVE ) atau Halal-Square
Berita atau tular yang berkaitan dengan halal sesebuah premis atau produk berlegar di kalangan pengguna. Bagaimanakah cara untuk kita mengenalpasti status kesahihan perkara-perkara tersebut ?
Bagi mendapatkan maklumat yang sahih, pengguna boleh merujuk facebook Bahagian Pengurusan Halal JHEAINS ( HalalN9 ) atau Hab Halal, Jakim. Pengguna juga boleh merujuk terus kepada syarikat berkaitan
Adakah semua produk yang mempunyai kod “e” pada bahan mentahnya dibuat dari bahan berunsurkan babi
Kod “e” sebenarnya merujuk kepada aditif makanan yang digunakan di dalam sesebuah produk atas dasar untuk meningkatkan mutu penghasilannya. Bahan yang digunakan merangkumi dari sumber haiwan, tumbuhan atau kimia. Tidak semestinya kod”e” itu datangnya dari sumber babi semata-mata malah ia juga boleh datang dari unsur haiwan yang lain. Yang paling utama adalah pengguna memilih produk yang telah mendapat pengesahan halal dari pihak yang berwajib iaitu JAKIM atau MAIN/JAIN atau dari badan-badan Islam antarabangsa yang telah diikitiraf oleh Kerajaan Malaysia melalui JAKIM.
Terdapat pasaraya yang menjual ayam mentah dengan harga yang murah secara lambak/ borong. Adakah status ayam itu dijamin halal oleh pihak Jabatan Agama?
Jabatan Agama tidak mempunyai bidang kuasa mengawal atau menentukan tatacara perniagaan mana-mana pihak termasuk di dalam urusan penjualan ayam mentah. Apa yang dilakukan oleh Jabatan Agama hanya mengeluarkan sijil pengesahan halal kepada rumah sembelih yang berkelayakan. Justeru pengguna digalakkan supaya mendapatkan bekalan ayam mentah dari pembekal yang telah mempunyai sijil pengesahan halal yang sah sahaja.
Di pasaran terdapat pelbagai bentuk tanda atau logo halal. Yang manakah tanda atau logo halal yang sah?
Bermula Tahun 2011, hanya JAKIM dan MAIN/JAIN sahaja yang dibenarkan mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal. Semua premis yang mempunyai sijil halal yang sah menggunakan hanya satu logo halal yang selaras untuk satu Malaysia
Bagaimana pula dengan status halal bagi produk import?
Bagi produk import, pengesahan halal dibuat oleh badan-badan Islam di negara tersebut. Namun perlu diingatkan bahawa terdapat badan-badan Islam atau logo halal tertentu yang diiktiraf oleh kerajaan. Justeru pengguna perlu merujuk ke laman sesawang halal bagi mengenalpasti logo halal yang diiktiraf oleh Kerajaan dari masa ke semasa.
Kenapa usahawan yang bukan beragama Islam boleh mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia?
Pensijilan Halal Malaysia adalah bersifat terbuka tanpa mengira kaum, agama atau fahaman. Perkara yang penting ialah setiap pemohon perlu mematuhi prosedur pensijilan halal Malaysia yang telah ditetapkan.
Adakah pihak lain boleh membuat sijil atau tanda halal mereka sendiri?
Berdasarkan Perintah Perihal Dagangan ( Perakuan Dan Penandaan ) 2011 jelas menamakan JAKIM/MAIN selaku Pihak Berkuasa Berwibawa di dalam mengelaurkan sijil halal termasuklah logo halal Malaysia yang sedia ada. Justeru mana-mana pihak yang mengeluarkan sijil atau tanda halal sendiri boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh dihukum boleh didenda tidak melebihi RM 1 juta @ penjara tidak melebihi 3 tahun @ kedua-duanya sekali bagi individu manakala denda RM 5 juta bagi perbdanan.
Apakah perbezaan antara sijil halal dengan tauliah penyembelih ?
Sijil halal merupakan pengesahan status halal sesebuah produk atau premis makanan manakala tauliah penyembelih hanyalah sebagai pengesahan status kelayakan individu tertentu untuk menjalankan sembelihan mengikut hukum Syarak.
Adakah dengan tauliah penyembelih sahaja memadai untuk menentukan status halal daging sembelihan?
Tidak. Tauliah penyembelih tidak boleh dijadikan sebagai bukti pengesahan status halal sesebuah produk atau premis makanan kerana syarat dan kaedah pengeluaran adalah berbeza.
Kategori : Usahawan
Siapakah yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia?
Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah terbuka kepada pengusaha Islam dan bukan Islam merangkumi kategori berikut :-
  1. Pengeluar / pengilang produk (manufacturer / producer)
  2. Pengusaha pembungkusan semula (repacking)
  3. Premis makanan (food premise)
  4. Premis sembelihan (abattoir / slaughter house)
  5. Premis makanan (food premise)
  6. Farmaseutikal
  7. Logistik (pengangkutan, pergudangan)
Bagaimanakah cara untuk memohon Sijil Pengesahan Halal (SPH)?
Semua permohonan pensijilan halal dibuat secara on-line melalui sistem MYe-HALAL yang dibangunkan oleh JAKIM. Borang on-line boleh diakses pada portal info halal melalui http://jheains.ns.gov.my/. Segala peraturan ada dilampirkan untuk rujukan pemohon.
Bagaimanakan sesebuah permohon itu diproses ?
Setiap permohonan yang diterima akan melalui proses berikut:-
  1. Disemak oleh pegawai penilai dokumen bagi memastikan segala dokumen yang diperlukan mencukupi.
  2. Surat bayaran fi akan dikeluarkan kepada permohonan yang lengkap dan pemohon hendaklah menjelaskan bayaran berdasarkan amaun dan tempoh masa yang ditetapkan
  3. Audit lapangan dijalankan oleh pegawai syariah dan teknikal
  4. Laporan audit dinilai oleh Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal Malaysia yang dilantik untuk pertimbangan.
  5. Permohonan yang berjaya akan mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah laku bagi tempoh satu hingga tiga tahun mengikut jenig permohonan masing-masing.
Berapakah tempoh masa mendapatkan Sijil Pengesahan Halal?
Tempoh masa proses permohonan yang lengkap adalah 30 hari bekerja dikira dari tarikh bayaran fi pensijilan halal diterima dan sekiranya tiada sebarang NCR dikeluarkan semasa proses audit dijalankan
Berapa lamakah tempoh sah laku bagi sesuatu sijil halal ?
Tempoh sah laku sijil halal adalah bergantung kepada jenis permohonan seperti jadual berikut:

Bil.

Jenis Permohonan

Tempoh sahlaku

1

Produk makanan/ minuman/ makanan tambahan

dua (2) tahun

2

Barang gunaan

3

Farmaseutikal

4

Logistik        

5

Premis Makanan/ Dapur Hotel/ Kiosk/ Katering

6

Kosmetik dan Dandanan Diri

Tiga (3) tahun

7

Rumah Sembelihan

Setahun

Bagaimanakah proses audit dijalankan ?
Proses audit akan dijalankan oleh sekurang-kurangnya 2 orang pegawai yang terdiri daripada auditor Syariah dan auditor teknikal. Perkara yang diaudit merangkumi :-
  1. dokumen
  2. kawasan proses bermula dari tempat penerimaan barang ( loading bay ) sehinggalah kepada tempat pengedaran termasuk kenderaan
  3. jaminan keselamatan ( GMP / HACCP / GHP/ HAS/ dll )
  4. perkara patuh Syariat dan memenuhi piawaian pensijilan halal
Adakah proses pemantauan dijalankan dalam tempoh sah laku pensijilan halal?
Ya, proses pemantauan akan dilakukan secara berkala dalam tempoh tersebut sekurang-kurang sekali setahun.
Apakah tindakan yang boleh dikenakan kepada premis halal yang didapati melanggar prosedur pensijilan halal?
Mana-mana premis yang didapati melanggar syarat dan peraturan pensijilan Halal boleh dikenakan tindakan sepert berikut :-
  1. Amaran keras : kesalahan kecil
  2. Gantung : kesalahan besar dan gagal melakukan penambahbaikan ke atas kesalahan kecil yang telah ditegur oleh agensi
  3. Tarik sijil : kesalahan serius melibatkan hukum syarak
Walaubagaimanapun, keputusan muktamad adalah terletak di bawah Jawatankuasa Panel pengesahan Halal Malaysia, Negeri Sembilan.
Siapakah pihak yang meluluskan permohonan pensijilan halal ini?
Permohonan pensijilan halal adalah dibawah pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal Malaysia bagi Negeri Sembilan. Panel adalah terdiri dari kalangan pegawai yang pakar di dalam bidang masing-masing merangkumi Syariah dan Teknikal. Terdapat agensi luar yang turut serta sebagai panel seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 606-766 4100
Faks : 606-766 4201

korporat[dot]jheains[at]ns[dot]gov[dot]my

Jumlah Pelawat

16560182
Today: 159
This Week: 159
This Month: 5,089

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Login

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan