Majlis Bersama Jabatan (MBJ)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 
Alhamdulillah syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, ruangan bagi MBJ dapat disediakan sebagai platform utama kepada warga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam menyalurkan maklumat dan cadangan penambahbaikan serta usaha yang berterusan untuk memastikan setiap proses dan prosedur kerja serta kebajikan warga akan terus terpelihara. 

Sehubungan dengan itu, warga kerja JHEAINS akan dapat mengetahui langkah penyelesaian yang diambil bagi setiap isu yang dibawa untuk dibincangkan melalui MBJ ini. Saya menyeru agar platform yang disediakan ini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin demi kebaikan bersama pekerja dan pihak pengurusan JHEAINS. 
Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. 
Sekian, terima kasih. 

AHMAD ZAKI BIN HAMZAH
Pengerusi Majlis Bersama Jabatan (Wakil Pekerja)
Sesi 2021/2022
1. Keahlian

1. Majlis Bersama Jabatan bagi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (selepas ini disebut sebagai 'Majlis') hendaklah mengandungi tiga puluh empat (34) orang ahli secara keseluruhannya termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha yang terdiri daripada Pengarah selaku Pengerusi dan sebelas (11) orang ahli yang dilantik oleh Pengarah (selepas ini disebut sebagai 'Pihak Pegawai') dan dua puluh dua (22) orang ahli yang dipilih oleh pekerja-pekerja yang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (selepas ini disebut sebagai 'Pihak Pekerja').

2. Pihak Pegawai

2.1

Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan seperti berikut:

 

  i

Pengarah

-

Pengerusi

 

  ii

KPP Bahagian Undang-Undang Keluarga

-

Ahli

 

  iii

KPP Bahagian Pendidikan

-

Ahli

 

  iv

KPP Bahagian Penguatkuasaan

-

Ahli

 

  v

KPP Bahagian Pengurusan Halal

-

Ahli

 

  vi

KPP Bahagian Penyelidikan

-

Ahli

 

  vii

KPP Bahagian Dakwah

-

Ahli

 

  viii

KPP Bahagian Pengurusan Masjid

-

Ahli

 

  ix

PAID Seremban

-

Ahli

 

  x

PAID Kuala Pilah

-

Ahli

 

  xi

PAID Tampin

-

Ahli

 

  xii

KPP Bahagian Khidmat Pengurusan

-

Setiausaha

         

2.2

Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai ini hendaklah dilantik atas nama jawatan masing-masing dan tiada had tempoh memegang jawatan di dalam Majlis.

3. Pihak Pekerja
3.1
Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Gred 44 dan ke bawah, tidak terlibat dalam membuat keputusan, bukan merupakan Ketua Sahagian/Unit dan dipilih oleh pekerja-pekerja itu sendiri. Peraturan bagi pemilihan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang akan disediakan buat permulaan oleh satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pekerja-pekerja dalam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan diluluskan oleh Pengarah. Ahli-ahli Pihak Pekerja adalah seperti berikut:
 
  i)
Wakil pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41-44
-
tujuh (7) orang
 
  ii)
Wakil pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 29-40
-
enam (6) orang
 
  iii)
Wakil pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 11-26
-
sembilan (9) orang
3.2
Pemilihan Pengerusi dan Setiausaha Pihak Pekerja adalah dibuat dari kalangan ahli-ahli Pihak Pekerja yang dipilih dan pemilihan itu hendaklah dibuat oleh Pihak Pekerja sendiri tanpa campur tangan dari Pihak Pengurusan. Pengerusi Pihak Pekerja akan menjadi Naib Pengerusi kepada MBJ manakala Setiausaha Pihak Pekerja akan menjadi Setiausaha Bersama.
3.3
Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon-calon daripada Bahagian/Unit/Pejabat atau Gred atau Skim Perkhidmatan yang memilih pekerja-pekerja itu sendiri.
3.4
Ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua (2) tahun mulai dari tarikh pelantikan mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang akan mengambil alih telah dilantik/dipilih.
4. Pegawai-Pegawai Majlis
4.
Pegawai-pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada ahli yang dipilih dan menjadi Pengerusi ahli Pihak Pekerja. Setiausaha Pihak Pegawai dan Setiausaha Pihak Pekerja menjadi Setiausaha Bersama bagi Majlis.
5. Tujuan
5.1
Tujuan Majlis adalah:
 
a.
untuk memperolehi seluas-luas kerjasama yang menyeluruh di antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dengan pegawai-pegawai yang bergaji di dalam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan; dan
 
b.
untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja dan amnya untuk mengumpul berbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
6. Bidang dan Fungsi
6.1
Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Majlis seperti berikut:
 
a.
membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada kaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali perkara-perkara yang melibatkan dasar Kerajaan atau hal-hal perseorangan;
 
b.
membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;
 
c.
menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran pelbagai jabatan; dan
 
d.
mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.
7. Mesyuarat-Mesyuarat
7.1
Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi Majlis hendaklah diadakan dalam tempoh tiga (3) bulan sekali, iaitu empat (4) kali setahun.
7.2
Korum bagi mesyuarat Majlis hendaklah tidak kurang daripada 50% iaitu enam (6) orang ahli Pihak Pegawai dan 50% iaitu sebelas (11) orang ahli Pihak Pekerja.
7.3
Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh Setiausaha-setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam agenda, hanya boleh dibincangkan dengan kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi Majlis.
7.4
Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi atau Naib Pengerusi bila dikehendaki. Tarikh mesyuarat tersebut hendaklah dipersetujui oleh Pegawai-pegawai Majlis. Perkara-perkara yang akan dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara­perkara yang dinyatakan dalam notis panggilan mesyuarat berkenaan.
7.5
Sekiranya Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis, maka ahli Pihak Pegawai terkanan boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis dengan kebenaran daripada Pengerusi. Dalam apa keadaan sekalipun, Naib Pengerusi iaitu Pengerusi Pihak Pekerja tidak boleh mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis.
7.6
Minit Mesyuarat MBJ hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Pihak Pegawai dan Setiausaha Pihak Pekerja.
8. Keputusan
8.1
Segala keputusan Majlis hendaklah dicapai secara persetujuan bersama di antara Pihak Pegawai dengan Pihak Pekerja.
8.2
Keputusan yang diambil jika tidak ada hubungan dengan Jabatan-jabatan lain dan tidak pula bertelingkah dengan dasar Kerajaan, bolehlah diselenggarakan atau dilaksanakan terus oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Bagi keputusan yang ada kaitan dengan dasar Kerajaan ataupun dengan Jabatan-jabatan lain ianya hendaklah dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun Jabatan-jabatan yang berkenaan.
9. Pindaan Kepada Perlembagaan
9.1
Perlembagaan Majlis boleh dipinda di mana-mana mesyuarat Majlis dengan persetujuan tidak kurang daripada 50% ahli Pihak Pegawai dan 50% ahli Pihak Pekerja. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-ahli Majlis sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat. Segala pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Majlis hendaklah dikemukakan ke Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk kelulusan.
9.2
Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai penggubal dasar boleh menetapkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat dan pertentangan di antara Pihak Pegawai dengan Pihak Pekerja mengenai penggubalan dan pindaan perlembagaan. Segala keputusan yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam adalah muktamad selari dengan kuasa yang diperuntukkan dalam mana-mana Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan sedia ada yang sedang berkuatkuasa.
1. Apa itu MBJ?
Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.
2. Penubuhan MBJ
Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan serta mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu dan hendaklah dikemukakan kepada JPA untuk kelulusan.
3. Bidang dan Fungsi
Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.
4. Perkara Yang Boleh Dibincangkan
Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja. Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.
5. Faedah MBJ
Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.
6. Keterangan Lanjut, Sila Hubungi
Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
 
Urus Setia MBJ Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan 
Pegawai
:
Puan Siti Nadiah binti Sheikh Said
No.Tel
:
06-766 4126
E-mel
:
nadiah[at]ns[dot]gov[dot]my
Wakil Pengurusan

PENGARAH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

Image

MOHD ASRI BIN ABDULLAH

Alamat:
Pejabat Pengarah
Jalan Yam Tuan, 70000 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Telefon : 06-766 4200
Faks : 06-766 4201
E-mel : pengarah[dot]jheains[at]ns[dot]gov[dot]my

KPP BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

Image

Kosong

Alamat :
Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam
Tingkat 2, Pusat Dakwah Islamiah
Jalan Senawang-Paroi
70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Telefon : 06-6771343
Faks : 
06-6771305
E-mel : 

KPP BAHAGIAN PENDIDIKAN

Image

ABDUL RAHIM BIN MA'AMOR

Alamat :
Bahagian Pendidikan
Tingkat 1, Karung Berkunci No. 30
Jalan Dato' Hamzah
70990 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Telefon : 06-7672820
Faks : 06-767 1850
E-mel : abdulrahim[at]ns[dot]gov[dot]my

KPP BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

Image

NIK AZLAN BIN NIK MAN

Alamat :
Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan
Jalan Paroi Senawang
70400 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon : 06-677 1890
Telefon : 06-677 1890 (P)
Faks : 06-677 1802
E-mel : nikazlan[at]ns[dot]gov[dot]my

KPP BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL

Image

ASNIZA BINTI AHMAD

Alamat :
Tingkat 2, Bangunan Felda
Jalan Dato' Hamzah
70990 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon : 06-767 3408 (T)
Telefon : 06-767 3484 (P)
Faks : 06-767 3485
E-mel : asniza.ahmad[at]ns[dot]gov[dot]my

KPP BAHAGIAN PENYELIDIKAN

Image

MOHD FITRI BIN MUHAMED

Alamat :
Bahagian Penyelidikan & Perancangan Strategik
Tingkat 3, Bangunan Mps Lama
Jalan Yam Tuan, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon : 06-766 4183 (T)
Telefon : 06-766 4176 (P)
Faks : 06-766 4201
E-mel : mohdfitri[at]ns[dot]gov[dot]my

KPP BAHAGIAN DAKWAH

Image

RIDZUAN BIN AWANG

Alamat :
PUSAT DAKWAH ISLAMIAH NEGERI SEMBILAN
KARUNG BERKUNCI NO. 35
70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

E-MEL: ridzuan[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-675 1600 (T)
TEL: 06-678 7159 (P)
FAKS: 06-6789 763

KPP BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID DAN SURAU

Image

SYAMSUL AMMAR BIN SHUIB

Alamat :
TINGKAT 2, BANGUNAN FELDA
JALAN DATO' HAMZAH
70990 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

E-MEL: -
TEL: -
TEL: 06-767 3502 (P)
FAKS: 06-767 3572

PAID SEREMBAN

Image

DR. AMRU ALHAZ BIN ADNAN

Alamat :
PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH SEREMBAN
JALAN DATO' HAMZAH
70990 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

E-MEL: amru[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-767 2895 (T)
TEL: 06-767 2915 (P)
FAKS: 06-767 1987

PAID KUALA PILAH

Image

MOHD RAIZALANI BN MOHD RAIS

Alamat :
PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUALA PILAH
72000 KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

E-MEL: raizalani[at]ns[dot]gov[dot]my
TEL: 06-482 1021 (T)
TEL: 06-482 1026 (P)
FAKS: 06-481 0290

PAID TAMPIN

Image

MOHD YAZID BIN SAAD

Alamat :
PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH TAMPIN
73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

E-MEL: -
TEL: - 
TEL: 06-442 1306 (P)
FAKS: 06-443 1909

Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 606-766 4100
Faks : 606-766 4201

korporat[dot]jheains[at]ns[dot]gov[dot]my

Jumlah Pelawat

16571773
Today: 196
This Week: 2,025
This Month: 6,690

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Login

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan