Berita

Previous Next

ASPIRASI SEKOLAH SEJAHTERA : JHEAINS BANTU KUNJUNG BANTU KE SRI SEREMBAN

Seremban, 15 Julai 2026 – YBhg. Dato' Mohd Asri bin Abdullah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), telah mengadakan Kunjung Bantu Sekolah Sejahtera ke Sekolah SRI Seremban bagi meninjau pelaksanaan pengurusan sekolah serta memperkukuh usaha merealisasikan aspirasi Sekolah Sejahtera yang menekankan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat, ceria dan menyokong pembangunan murid secara holistik.
 
Sepanjang lawatan tersebut, YBhg. Dato' turut meninjau amalan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah. Hasil lawatan mendapati SRI Seremban berjaya meningkatkan pencapaian melalui evidens Standard Kualiti Pendidikan Islam Negeri Sembilan (SKPiNS), di samping menerapkan elemen inovasi dalam proses pembelajaran melalui pendekatan yang kreatif, interaktif dan berpusatkan murid, sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Lawatan ini juga menjadi platform untuk berkongsi pandangan, mengenal pasti amalan terbaik serta membincangkan aspek penambahbaikan bagi memperkukuh kecemerlangan sekolah.
 
JHEAINS komited untuk terus memperkasakan institusi pendidikan Islam selaras dengan aspirasi Sekolah Sejahtera dan hasrat melahirkan Anak JUARA yang berilmu, berakhlak mulia, berdaya saing serta seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani demi memenuhi keperluan pendidikan masa hadapan.
Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-766 4100
Emel : korporat.jheains@ns.gov.my

Jumlah Pelawat

16782149
Today: 283
This Week: 1,556
This Month: 4,947

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

DASAR PRIVASI & KESELAMATAN

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile
Multi Language [MY] | [EN]

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan Sitemap