Berita

Bengkel Penyelarasan Dan Persediaan TOT Pengurusan Upkk Disekalikan Bagi Calon Tahun 2020 Dan 2021

Previous Next

Seremban, 25 Mac – Bengkel Penyelarasan dan Persediaan TOT Pengurusan UPKK Disekalikan Bagi Calon Tahun 2020 Dan 2021 telah berlangsung dengan jayanya hari ini di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan, Paroi. Bengkel yang dimulakan dengan Taklimat Penyelarasan Pengurusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang disekalikan bagi calon Tahun 2020 dan 2021.

Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Nassru bin Abd Latiff, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Taklimat yang disampaikan adalah untuk membantu persediaan dan persiapan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menguruskan UPKK yang disekalikan tahun ini dalam keadaan yang terbaik. Ini adalah kerana situasi yang tidak dapat dijangkakan akibat penularan COVID-19.

Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang disekalikan bagi calon Tahun 2020 dan 2021 telah dijadualkan pada 4 hingga 7 Oktober 2021.

Para peserta turut menyediakan bahan taklimat pengurusan UPKK yang akan diadakan di setiap daerah pada April ini. Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Pendidikan, Ustaz Abdul Rahim bin Ma’amor.

Taklimat ini telah dihadiri oleh 20 orang Penyelia KAFA di Negeri Sembilan dan Pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan JHEAINS. Semoga dengan adanya taklimat ini Proses Kerja Pengurusan UPKK dapat berjalan dengan lebih teratur dan lancar.

#PemangkinUmmahSejahtera
#JHEAINS

Disediakan oleh
Team Media BPend.

Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 606-766 4100
Faks : 606-766 4201

korporat[dot]jheains[at]ns[dot]gov[dot]my

Jumlah Pelawat

16584138
Today: 79
This Week: 2,203
This Month: 8,074

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Login

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan