𝐋𝐀𝐁𝐔, 𝟏𝟕 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 - Bagi merealisasikan matlamat utamanya, Kempen Temu Seru Kesedaran Kesalahan Jenayah Syariah Siri 4/2026 telah diperkukuh menerusi kerjasama erat dengan Pejabat KEMAS Daerah Seremban. Kehadiran seramai 50 orang belia dan warga emas wanita membuktikan komitmen komuniti terhadap program ilmiah ini.
Atur cara program padat dengan dua pengisian utama: slot Pengurusan Jenazah Muslimat serta slot Taklimat Temu Seru Kesalahan Jenayah Syariah dan Advokasi oleh urus setia JHEAINS.
Peserta menzahirkan rasa puas hati dan teruja dengan penganjuran program serampang dua mata ini. Kehadiran mereka bukan sahaja membuka luas jendela pengetahuan tentang tatacara pengurusan jenazah yang betul, malah berjaya memupuk kepekaan yang lebih tinggi terhadap isu-isu jenayah syariah di sekeliling mereka.
JHEAINS mengalu-alukan penyertaan mana-mana agensi, institusi atau organisasi yang berminat untuk menganjurkan Kempen Temu Seru Kesedaran Kesalahan Jenayah Syariah dan Advokasi Undang-Undang Syariah. Sebarang pertanyaan atau permohonan program boleh dikemukakan kepada urus setia, Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS di talian 06-766 1980 / 06-766 1981.
