𝗦𝗘𝗥𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), selaku urus setia Jawatankuasa Bertindak Agama Islam dan Keselamatan, terus komited dalam memastikan syiar Islam diperkasa melalui perancangan strategik dan pengemukaan inisiatif-inisiatif baharu bagi Belanjawan Negeri Sembilan 2027.
Sehubungan itu, satu sesi perbincangan bersama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan telah diadakan bagi membentangkan serta memperincikan cadangan inisiatif baharu yang akan memberi impak kepada pengukuhan pembangunan Islam, kebajikan umat serta kesejahteraan masyarakat di Negeri Sembilan, dengan penglibatan bersama rakan-rakan agensi agama.
Delegasi JHEAINS diketuai oleh Ustaz Amiza Khusyri bin Yusof, selaku menjalankan tugas Pengarah JHEAINS, bersama Ketua-Ketua Agensi Agama Negeri Sembilan, iaitu Yang Amat Arif (YAA) Dato' Kamal Bashah bin Dato' Ahmad Tajuddin, Ketua Hakim Syarie; Ustaz Zainal Said; Setiausaha MAINS, Tuan Ketua Pendakwa Syarie Tuan Salehan bin Yatim serta Sohibul Fadhilah Tuan Mohd Raizalani bin Mohd Rais, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
Sesi ini mencerminkan komitmen berterusan JHEAINS dan rakan-rakan agensi agama dalam memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan agenda pembangunan Islam terus menjadi antara keutamaan dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2027.
