šššššššš,, 14 Februari 2025 ā Pengurusan Tertinggi Tabung Haji (TH) Negeri Sembilan yang diketuai oleh Pengarahnya, YBrs. Tuan Haji Yazid Ahmad, telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang disambut oleh Pengarah JHEAINS, YBrs. Tuan Mohd Asri bin Abdullah, bersama barisan kepimpinan jabatan di Ibu Pejabat JHEAINS.
Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuhkan sinergi antara TH dan JHEAINS dalam mendidik masyarakat mengenai kepentingan menabung untuk masa hadapan dan menyokong usaha murni TH menyantuni masjid, surau, golongan asnaf dan pelajar.
Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih erat dan memberi manfaat kepada masyarakat Islam di negeri ini.
