Berita

Previous Next

JHEAINS SANTUNI LAWATAN PENANDA ARAS DARI JAIS

𝐒𝐄𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍, 𝟏𝟔 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menyantuni delegasi Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dalam lawatan penanda aras pelaksanaan Pensijilan Kotej Halal di negeri tersebut.
 
Delegasi seramai 16 orang itu diketuai oleh Sahibus Siyadah Tuan Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah JAIS, dan disambut mesra oleh Pengarah JHEAINS, YBrs. Tuan Mohd Asri bin Abdullah.
 
Lawatan selama dua hari bermula 15 April itu turut melibatkan kunjungan ke dua premis usahawan kotej yang telah menerima Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), sebagai pendedahan langsung kepada pelaksanaan amalan halal di peringkat industri kotej.
 
Kunjungan ini diharap dapat menjadi titik tolak kepada pelaksanaan pensijilan kotej halal di Sarawak selaras dengan aspirasi pembangunan dasar halal negeri dan negara.
Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-766 4100
Emel : korporat.jheains@ns.gov.my

Jumlah Pelawat

16765952
Today: 154
This Week: 591
This Month: 7,165

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

DASAR PRIVASI & KESELAMATAN

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile
Multi Language [MY] | [EN]

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan Sitemap