Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) terus mengukuhkan reputasi sebagai organisasi yang progresif dan inovatif apabila berjaya meraih kejayaan membanggakan dalam pertandingan inovasi peringkat Negeri Sembilan 2026.
Pencapaian yang berjaya diraih ialah:
𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐊𝐈𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
1. JUARA – Projek Portable Canvas Islamic (PCI).
2. NAIB JUARA – Projek MyMasjidNS.
𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 (𝐀𝐈𝐍𝟗) 𝟐𝟎𝟐𝟔
1. NAIB JUARA – Kategori Penciptaan Baharu menerusi Sistem Pengurusan Program JHEAINS (SPPJ).
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
1. TEMPAT KETIGA – Pertandingan Bank Idea Inovasi.
2. TEMPAT KETIGA – Pertandingan Poster Inovasi.
Pencapaian ini membuktikan bahawa budaya inovasi dalam JHEAINS bukan sekadar mencetuskan idea kreatif, malah menghasilkan penyelesaian yang memberi nilai tambah kepada organisasi, meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta memberi manfaat kepada masyarakat.
