Berita
Jiwa Dan Minda Sihat, Melahirkan Fizikal Yang Sihat
Seremban, 3 Nov - JHEAINS telah mengadakan Program J-Hiking dan CSR KOA Kolam Air bertempat di Kampung Kolam Air, Pantai, Seremban. Program yang bermula jam 0700 pagi disertai lebih kurang 300 orang yang terdiri kakitangan JHEAINS, orang awam, penduduk orang asli tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Seramai 189 peserta telah menyertai aktiviti pendakian sejauh hampir 3km ke Lata Berembun. Turut serta dalam pendakian tersebut Pengarah JHEAINS, Ybhg Dato' Mohd Zaidi Bin Ramli, Tok Batin Kg Kolam Air, Batin Ali bin Gongok, KPP Bahagian Penguatkuasaan, Nik Azlan Bin Nik Man, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan JHEAINS, Mizzuan bin Jafilus, Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Ahmad Zaki Hamzah dan Johara Bibi Suleiman. Aktiviti yang dijalankan dalam perjalanan tersebut ialah bertasbih, zikir dan selawat.
Antara peserta yang paling veteran turut sama dalam pendakian tersebut berumur 62 tahun. "Kita kena jaga hubungan dengan Allah dan manusia. Beristighar, berzikir. Selalu sayang dan memaafkan pada keluarga dan sahabat handai. Dan jaga pemakanan. Jiwa dan minda sihat, melahirkan fizikal yang sihat." petua untuk cergas dan berstamina dari Tuan Yahya Bin Mohd Sham yang menyambut hari lahirnya semalam.
Dalam masa yang sama, terdapat aktitivi ramah mesra bersama masyarakat di Kampung Kolam Air, ziarah rumah ke rumah. Turut sama aktiviti tersebut Pengerusi MPKK Kampung Kolam Air, Ramli bin Jang, Penggerak Masyarakat Orang Asli Kg Kolam Air, Siti Normashida Hashim
Pada sebelah petang, semua peserta termasuk penduduk setempat menjalankan aktiviti cabutan bertuah. Seramai 24 orang telah menerima hadiah cabutan bertuah.
Diharapkan agar program ini dapat mengeratkan silaturahim antara JHEAINS dan masyarakat setempat serta peserta lain.
Terima kasih kepada semua yang telah menjaya program ini. Mohon maaf atas salah silap dan kekurangan sepanjang program ini berlangsung. Semua peserta yang hadir telah diminta untuk membuat pemeriksaan suhu, imbas MYSEJAHTERA dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti lengkap tempoh 14 hari dari hari suntikan vaksin ke dua. Tiada kanak-kanak bawah umur 12 tahun yang terlibat dalam penyertaan ini.
#JHEAINS
#pemangkinummahsejahtera
#pkuasaanjheains