Berita

KEMAS, PPINS, PCMNS Sepakat Memperkasa ekonomi Mualaf

Previous Next
SEREMBAN, 19 Disember 2023 - Seramai 10 orang mualaf dari kumpulan pertama tamat latihan dalam bidang penyediaan produk masakan yang berlangsung di Pusat Masakan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Paroi, sebentar tadi.
 
Program anjuran bersama rakan strategik jabatan iaitu Pejabat KEMAS Daerah Seremban, Pertubuhan Pengasih India Negeri Sembilan (PPINS) dan Pertubuhan Cakna Mualaf Negeri Sembilan (PCMNS) ini bukan sekadar penyediaan produk namun berkongsi cara kaedah dalam pengeluaran produk makanan yang sesuai untuk dipasarkan.
 
Peserta telah diberikan latihan penyediaan produk "viral" seperti Pes Sambal Ijo, Pes Ibu Sambal, Pes Mee Kari Nyonya, Cream Puff, Fruit Puff, Roti Pizza, Roti Kacang Merah, Roti Boy, Brownies, Coco Bar juga Kek Lapis. Program yang berlangsung selama 4 siri bermula 11 Disember itu disempurnakan oleh Ustaz Mohd Zamri bin Samsudin, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Dakwah, JHEAINS.
Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 606-766 4100
Faks : 606-766 4201

korporat[dot]jheains[at]ns[dot]gov[dot]my

Jumlah Pelawat

16583550
Today: 240
This Week: 1,615
This Month: 7,486

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Login

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan