Berita

Previous Next

KUNJUNG HORMAT JABATAN PERANGKAAN NEGERI SEMBILAN KE JHEAINS

 
SEREMBAN, 10 Februari 2026 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah menerima kunjung hormat daripada Jabatan Perangkaan Negeri Sembilan dalam satu pertemuan rasmi yang bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan.
Kunjung hormat tersebut telah disambut oleh YBhg. Dato’ Mohd Asri bin Abdullah, Ketua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Delegasi Jabatan Perangkaan Negeri Sembilan pula diketuai oleh Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Sembilan sendiri iaitu Encik Mohd Sawal Bin Shakimon bersama pegawai-pegawai kanan jabatan berkenaan.
 
Fokus utama pertemuan adalah perbincangan berkaitan Bancian Ekonomi, khususnya kepentingan perkongsian maklumat,data dan statistik yang komprehensif dalam menyokong perancangan, pemantauan serta penilaian pembangunan ekonomi di peringkat negeri.
 
JHEAINS merakamkan penghargaan atas kunjungan hormat ini dan berharap hubungan kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuhkan demi memastikan pelaksanaan Bancian Ekonomi berjalan lancar serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negeri Sembilan yang berasaskan data dan fakta.
Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-766 4100
Emel : korporat.jheains@ns.gov.my

Jumlah Pelawat

16765989
Today: 191
This Week: 628
This Month: 7,202

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

DASAR PRIVASI & KESELAMATAN

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile
Multi Language [MY] | [EN]

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan Sitemap