šššššššš, 7 Februari 2025 - YBrs. Tuan Mohd Asri bin Abdullah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Tuan Zamri Abdul Rahim, Timbalan Pengarah, Pengembangan Sekolah Agama, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan rombongan ke Ibu Pejabat JHEAINS.
Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan penyelarasan projek selenggara dan naik taraf Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) serta permohonan peruntukan bagi SABK Negeri Sembilan bagi tahun 2025. Selain itu, pihak JHEAINS juga memaklumkan perancangan projek-projek baharu yang akan dibina di SABK bagi tahun 2025-2026 di bawah Peruntukan Negeri.
Moga pertemuan ini memberikan impak yang positif dalam usaha memberikan kemudahan serta keselesaan kepada para pelajar dan guru-guru agar pendidikan di Negeri Sembilan terus kekal maju dan cemerlang di masa hadapan.
