𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐈𝐌, 𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐊𝐄 𝐉𝐇𝐄𝐀𝐈𝐍𝐒
𝗦𝗘𝗥𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡, 16 Mei 2025 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) hari ini menerima kunjungan rasmi delegasi dari Pusat Sukan USIM, Nilai.
Majlis disempurnakan oleh Tuan Mohd Asri bin Abdullah, Pengarah JHEAINS dan Pengarah Pusat Sukan USIM, Tuan Nur Ekmal bin Buhary. Turut hadir beberapa pegawai Pusat Sukan USIM serta pegawai Bahagian Pendidikan JHEAINS.
Kunjung hormat ini adalah bagi mengadakan hubungan strategik antara USIM dan JHEAINS dalam bidang pembangunan sukan serta membincangkan potensi kerjasama dalam penganjuran aktiviti sukan bersama sekolah-sekolah agama Negeri Sembilan.
Selain dapat mengenal pasti ruang kerjasama dalam penyelidikan, latihan, dan pembangunan sukan, kunjung hormat ini juga bertujuan membina jaringan profesional antara institusi pendidikan tinggi dan jabatan agama negeri ke arah pembangunan modal insan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Semoga usaha ini memberi manfaat besar kepada pembangunan sukan dan pendidikan Islam di Negeri Sembilan.
