GEMENCHEH, 8 Oktober 2026 – Maahad Al-Murtadza (MAAMUR), Gemencheh menerima manfaat melalui Projek Sekolah Angkat MADANI Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) yang dilaksanakan bagi menyokong usaha memperkasa kemudahan dan persekitaran pendidikan di institusi berkenaan.
Majlis penyerahan projek disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Pengarah JAWHAR dan turut dihadiri YBrs. Ustaz Amiza Khusyri bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan yang menjalankan tugas Pengarah JHEAINS. Majlis turut disusuli dengan lawatan tapak ke Bangunan al-Qarawiyyin dan sesi menandatangani Plak Sekolah Angkat MADANI.
Pelaksanaan projek ini diharap dapat memberi manfaat kepada warga MAAMUR, khususnya dalam menyediakan persekitaran pendidikan yang lebih kondusif serta menyokong usaha memperkukuh pembangunan pendidikan Islam di Negeri Sembilan.
