Berita

Majlis Amanat Pengarah, Pemakaian Pangkat, Penyerahan Kad Kuasa Dan Pelancaran Buku Sop Pegawai Penguatkuasa Agama JHEAINS

  • Tahun: 2023
Previous Next

Seremban, 17 Nov - JHEAINS telah menganjurkan Majlis Amanat Pengarah, Pemakaian Pangkat, Penyerahan Kad Kuasa dan Pelancaran Buku SOP Pegawai Penguatkuasa Agama JHEAINS.

Majlis yang telah disempurnakan oleh Pengarah JHEAINS - Y.Bhg Dato' Mohd Zaidi Bin Ramli turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah - Tuan Redzuan Bin Awang dan Imam 1 Masjid Negeri - Al Fadhil Ustaz Ahmad Rijal Ghazali

Di dalam majlis ini, Y.Bhg Dato' Pengarah telah menyematkan pangkat kuasa Pegawai Penguatkuasa Agama kepada semua Pegawai Penguatkuasa Agama dengan didahului oleh

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JHEAINS iaitu KPPA Tuan Nik Azlan Bin Nik Man, diikuti oleh Penolong Pengarah (Kanan) Operasi - PkPA Tn. Hj. Ahmad Zaki Bin Hj. Hamzah dan Penolong Pengarah (Kanan) Rekod, PkPA Pn. Johara Bibi Binti Suleiman.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna, bacaan doa dan tayangan montaj berkenaan dengan aktiviti penguatkuasaan bermula dari 2020 dan 2021.

Sejurus selesai menyampaikan amanat kepada Pegawai Penguatkuasa Agama JHEAINS, Y.Bhg Dato' Pengarah, telah melancarkan buku berkenaan SOP Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang akan menjadi sebahagian daripada asas panduan PPA dalam menjalankan tugas dan amanah. Di dalam majlis yang sama, Y.Bhg Dato' Pengarah turut menyerahkan kad kuasa kepada semua PPA JHEAINS

Antara amanat yang disampaikan adalah agar semua PPA memastikan reputasi baik jabatan terus dikekalkan, menjaga dan memelihara aib setiap orang yang diperiksa, dan beliau turut menekankan kepentingan PPA melaksanakan siasatan berkaitan dengan kesalahan melibatkan kesalahan Aqidah agar tidak terus menular dan membahayakan aqidah umat Islam di Negeri Sembilan.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengah hari.

#JHEAINS
#PemangkinUmmahSejahtera
#berintegritiberhemahbertaqwa
#pkuasaanjheains

Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 606-766 4100
Faks : 606-766 4201

korporat[dot]jheains[at]ns[dot]gov[dot]my

Jumlah Pelawat

16561015
Today: 70
This Week: 992
This Month: 5,922

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Login

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan